CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday 2 April 2013

BBM 3105 ~ ISTILAH


i.      Audio
Perakaman dan pengeluaran semula bunyi ialah inskripsi dan penciptaan semula elektrik atau mekanik gelombang bunyi yang biasanya digunakan untuk suara atau untuk muzik.
ii.    Video
Video (berasal daripada perkataan Latin, “saya lihat”) ialah teknologi memproses isyarat elektronik bagi menghasilkan gambar bergerak. Aplikasi umum dari teknologi video adalah televisyen, namun ia selalu juga digunakan dalam bidang saintifik.
iii.   Grafik
Grafik (berasal dari perkataan Greek γραφικός) merupakan persembahan visual yang ditunjukkan pada permukaan seperti dinding, kanvas, skrin komputer, kertas, papan untuk tujuan jenama, pemberitahuan, ilustrasi atau hiburan.

iv.   Teks
TEKS bermaksud Texas Essential Knowledge and Skills merupakan kurikulum rasmi K-12 oleh negara Texas dan kurikulum tersebut merupakan keperluan untuk setiap kursus yang ditawarkan. Negara tersebut telah menstandardkan ukuran pencapaian bagi setiap pengetahuan dan kemahiran yang telah digariskan dalam kurikulum ini.
v.    Animasi
Animasi ialah paparan pantas susunan imej-imej seni 2-D atau posisi model agar menghasilkan ilusi gerakan. Animasi ialah sejenis ilusi optik  pergerakan  disebabkan kejadian penerusan penglihatan, dan boleh dihasilkan dan didemonstrasi dalam pelbagai cara. Kaedah persembahan animasi yang paling laris ialah sebagai program wayang gambar atau video, namun juga terdapat cara-cara lain untuk mempersembahkan karya animasi.
vi.   Laman Web
Laman sesawang ialah dokumen berisikam maklumat yang boleh dilawati di Jaringan Sejagat menggunakan pelayar web. Dokumen ini biasanya dihasilkan dalam bentuk HTML atau XHTML, dan biasanya mempunyai pautan-pautan ke laman lain pula.



0 comments: